Anggerik Kurung Kedah Set dalam Tona Spicy Orange
- Regular price
- RM 1,199.00
- Sale price
- RM 1,199.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Anggerik — indah tanpa perlu berlebihan.
Anggerik itu indah—tanpa perlu berlebihan. Setiap kelopaknya yang lembut menyimpan seribu pesona, setiap coraknya membawa kisah alam yang tidak ternilai. Kami tidak ingin mencipta sesuatu yang terlalu megah, tetapi sesuatu yang indah dan bermakna, seperti anggerik itu sendiri.
Rona mewah dan pesona klasik bersatu dalam set kebaya longgar ini, direka untuk menampilkan keanggunan yang effortless. Diperbuat sepenuhnya daripada batik lukisan tangan di atas sutera satin, fabrik ini berkilau lembut, memberi efek elegan.
Potongan kebaya yang longgar memastikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, manakala butang mutiara klasik di bahagian depan menambah elemen tradisional yang berseni. Dipadankan dengan kain potongan A-line, helaian ini mencipta siluet yang anggun, memberi ilusi langsing sambil membolehkan pergerakan yang bebas.
- Fabrik 100% sutera satin
- Lining penuh
- Nota Penting:
Produk batik kami adalah 100% buatan tangan, dihasilkan oleh artisan tempatan menggunakan teknik batik skrin. Teknik ini dipilih untuk mengurangkan kos pembuatan tanpa menjejaskan keunikan seni batik, membolehkan kami menawarkan harga terbaik kepada pelanggan. Oleh kerana setiap helaian dihasilkan secara manual, mungkin terdapat sedikit ketidaksempurnaan dalam motif dan warna. (Rujuk gambar untuk contoh ketidaksempurnaan yang mungkin terdapat pada motif). Ketidaksempurnaan kecil ini bukanlah kecacatan, tetapi sebahagian daripada keistimewaan batik, menjadikannya eksklusif dan tiada dua yang serupa. Setiap helaian membawa sentuhan seni dan warisan budaya Melayu yang autentik.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product