Skaf Habotai Dengan Motif Melur
- Regular price
- RM 479.00
- Sale price
- RM 479.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Skaf Habotai ini adalah karya seni mewah yang dihasilkan sepenuhnya dengan tangan di atas fabrik sutera asli berkualiti tinggi. Direka menggunakan teknik tradisional "chanting" oleh artisan Kelantan yang berkemahiran, setiap skaf mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk disiapkan, menjadikan setiap helaian unik dan eksklusif.
Motif pada skaf ini diinspirasikan daripada bunga melur, yang sinonim dengan kelembutan, kesucian, dan keanggunan dalam budaya Melayu. Bunga melur sering dijadikan simbol kasih sayang dalam adat tradisional dan dipakai dalam majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan atau acara kebudayaan.
Skaf ini menampilkan palet warna lembut dan mewah, dengan gabungan rona putih, ungu, dan merah jambu, yang melatari dasar warna gelap untuk menyerlahkan kecantikan motif. Sentuhan warna ini memberikan skaf gaya yang elegan tetapi tetap sesuai untuk dipakai sama ada dalam acara formal atau kasual.
Dengan ketelitian seni lukisan tangan dan sentuhan tradisional, skaf ini bukan sahaja aksesori fesyen, tetapi juga karya seni yang mempunyai nilai budaya dan sentimental yang tinggi. Ia adalah pilihan sempurna untuk anda yang menghargai keunikan dan keindahan seni warisan Melayu
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Cara Penjagaan Habotai Skaf:
Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.
Dilukis oleh Faizul.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product